Marshanda Dikritik Selepas Buka Hijab - Bintang Global | mStar

Marshanda Dikritik Selepas Buka Hijab

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 12:04 AM

Marshanda

(Ubah saiz teks)

NAMA Marshanda menjadi sebutan ramai apabila dia tidak lagi memakai hijab sejak bercerai dengan bekas suami, Ben Kasyafani pada Jun lalu.

Marshanda atau lebih mesra disapa Chaca itu berkata, perubahan yang dilakukan itu adalah atas kehendaknya sendiri dan dia terpaksa akur dengan kritikan yang diberikan masyarakat.

"Dari dulu lagi, setiap pergerakan dan penampilan saya menjadi ikutan. Begitu juga dengan perubahan ketika berubah imej untuk berhijab.

"Dan kemudian saya tidak lagi bertudung. Semua itu atas dasar kehendak sendiri dan tiada paksaan pun daripada siapa-siapa. Keputusan ini (tidak memakai tudung) juga adalah kerana hal peribadi.

"Bukannya saya mahu menunjuk-nunjuk dengan gaya rambut saya yang terkini, bukan. Tetapi saya selesa begini (tidak berhijab) buat masa sekarang," katanya kepada Kapanlagi yang ditemui pada majlis Hitam Putih di Studio Hanggar, Pancoran, Jakarta Selatan pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, tambah Marshanda lagi, keputusannya untuk tidak bertudung lagi juga memberi cabaran  dan dugaan besar buatnya untuk berdepan dengan masyarakat.
Tags / Kata Kunci: Marshanda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan