Kediaman Johnny Cash Dibuka Kepada Umum

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 12:05 AM

Johnny pernah popular menerusi lagu I Walk the Line, Ring of Fire dan Folsom Prison Blues.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS beberapa tahun diubahsuai, kediaman penyanyi tahun 60-an iaitu Johnny Cash akhirnya dibuka secara rasmi kepada umum selepas dilancarkan pada Sabtu lalu di Dyess, Arkansas, Amerika Syarikat.

Johnny menetap di kediaman tersebut ketika usia tiga hingga ke 18 tahun.

Menurut laporan Rollingstone, adik Johnny iaitu Joanne Cash pada hari pelancaran tersebut mengakui bahawa perasmian pembukaan kediaman mereka adalah satu momen yang terlalu menyentuh emosinya.

Johnny pernah menetap di kediamannya di Dyess, Arkansas ketika usia tiga hingga ke 18 tahun.

Anak Johnny, Rossanne Cash  pula mengakui sebelum ini dia sering menolak pelbagai tawaran projek berkaitan dengan ayahnya, namun dia bersetuju dengan projek Arkansas itu kerana menganggap ia akan menjadi memori buat peminat-peminat ayahnya.

"Pihak Arkansas State University mengatakan kepada kami bahawa mereka akan membeli rumah tersebut dan memperbaikinya. Kami bersetuju  dengan projek itu kerana ia turut membawakan nama baik kami sekeluarga.

"Malah saya turut terlibat dengan projek ini. Kami sekeluarga yakin, projek pembukaan kediaman ayah secara umum ini pasti menjadi sesuatu yang bermakna buat ayah," kata Rosanne.
Tags / Kata Kunci: Johnny Cash

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan