Robin Thicke Dedikasikan Album Untuk Tawan Hati Isteri

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 12:05 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Robin Thicke mendedikasikan album terbaharunya berjudul Paula kepada isterinya, Paula Patton dalam cubaan menawan kembali hati wanita itu.

Daily Mail
melaporkan, Robin dan Paula berpisah sejak Februari lalu selepas penyanyi itu dikatakan berlaku curang terhadap isterinya sehingga menyebabkan wanita berkenaan nekad meninggalkan suaminya.

Robin dalam satu temubual berkata, dia menyesal dengan apa yang terjadi dalam rumah tangganya dan akan cuba sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan mereka yang dibina sejak sembilan tahun lalu.

"Saya akan pastikan dia kembali kepada saya dan album ini sangat istimewa yang saya hasilkan," katanya.

Penyanyi yang memulakan karier nyanyiannya sejak 2003 itu mengecap kejayaan luar biasa apabila album Blurred Lines yang dilancarkan pada tahun lalu berjaya melonjakkan namanya sebagai penyanyi di seluruh dunia.

Album terbaharu Robin yang diberi judul bersempena nama isterinya.

Kejayaan yang itu dikatakan menjadi punca dia berubah dan mula bersikap curang terhadap Puala sehingga berjaya dihidu oleh wanita berkenaan.


Album terbaharunya itu mengandungi lagu-lagu seperti Still Madly Crazy, Love Can Grow Bak, Too Little Too Late dan Forever Love.

Dalam perkembangan sama, Paula yang juga seorang pelakon memberitahu majalah Vanity Fair cintanya terhadap Robin akan sentiasa kekal buat selama-lamanya namun tidak mengetahui sama ada dapat menerima kembali suaminya itu pada masa hadapan.

"Kami mengenali sejak di usia remaja. Apa yang boleh saya katakan masih ada cinta mendalam dan akan sentiasa ada perasaan itu," katanya.
Tags / Kata Kunci: Robin Thicke , Paula , Blurred Lines.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan