Christina Aguilera Selamat Bersalin Anak Perempuan

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:06 AM

Matt dan Christina memiliki seorang anak selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI bersuara lantang, Christina Aguilera selamat bersalin anak perempuan pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Aceshowbiz, kekasih Matt Rutler itu bersalin secara pembedahan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, iaitu lokasi kegemaran ramai selebriti melahirkan anak.

Pasangan itu turut mendedahkan nama yang dipilih untuk anak mereka kepada umum iaitu Summer Rain Rutler.

Ini merupakan anak pertama buat Matt dan kedua untuk Christina. 

Terdahulu, penyanyi lagu Your Body itu pernah berkahwin dengan Jordan Bratman dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Max, yang kini berusia enam tahun.

Christina dan Matt mula bertemu pada tahun 2010, ketika mereka bekerjasama menerusi filem Burlesque

Pada Februari lalu, Christina mengumumkan kehamilannya, tidak lama selepas pertunangannya dengan Matt.

Tags / Kata Kunci: Christina Aguilera

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan