Tiada Tawaran Berlakon, Lindsay Lohan Tulis Buku - Bintang Global | mStar

Tiada Tawaran Berlakon, Lindsay Lohan Tulis Buku

Diterbitkan: Rabu, 6 Ogos 2014 12:05 AM

Lindsay mahu menulis sebuah buku tentang kisah hidupnya.

(Ubah saiz teks)

SIAPA yang tidak mengenali Lindsay Lohan iaitu pelakon yang bukan sahaja berbakat besar malah terkenal sebagai artis bermasalah di Hollywood.

Akibat sikap liar dan gemar mencetuskan pelbagai kontroversi, ia mula memberi kesan kepada kerjaya lakonannya yang dilihat semakin malap.

Kali terakhir Lindsay muncul dengan projek terbaharu adalah menerusi drama bersiri Liz & Dick yang mengangkat kisah hidup primadona Elizabeth Taylor dua tahun lalu.

Ekoran tidak mempunyai pekerjaan, Daily Mail melaporkan Lindsay bakal menulis sebuah buku autobiografi mengenai kisah hidupnya.

Buku itu nanti bakal memaparkan pelbagai kisah kontroversi melibatkan dirinya termasuk penjelasan tentang pendedahan majalah In Touch yang menyenaraikan 36 selebriti lelaki yang pernah menidurinya.

Malah kata sumber terdekat pelakon itu, Lindsay sudah pun bertemu dengan beberapa syarikat penerbitan buku selain mencari penulis profesional bagi membantunya.

"Dia sudah bersedia untuk mendedahkan segala-galanya dalam buku tersebut dan berharap projek itu akan menjadi kenyataan," kata sumber.
Tags / Kata Kunci: Lindsay Lohan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan