Bintang Siri 'Rockford Files', James Garner Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 8:31 PM

James meninggal dunia pada usia 86 tahun.

(Ubah saiz teks)

PELAKON siri televisyen popular Amerika Syarikat, The Rockford Files iaitu James Garner meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Menurut laporan BBC, aktor itu menderita pelbagai penyakit termasuk angin ahmar sejak 2008.

"Garner meninggal dunia kerana penyakit yang dideritainya sejak sekian lama," kata pihak polis Los Angeles tentang punca kematian pelakon yang pernah membintangi filem The Grape Escape itu.

James pernah popular menerusi drama bersiri The Rockford Files.

Mayat pelakon itu juga telah diserahkan kepada keluarga mendiang untuk upacara pengebumian.

James sebelum ini popular menerusi watak sebagai Jim Rockford iaitu penyiasat peribadi dalam The Rockford Files (1974-1980) pernah menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik pada tahun 1986 menerusi filem romantik komedi, Murphy's Romance.

Mendiang juga pernah memenang Anugerah Emmy pada tahun 1977 untuk drama bersiri The Rockford Files dan turut dianugerahkan dengan trofi pencapaian sepanjang hayat pada 2005.

Tags / Kata Kunci: James Garner , Rockford Files.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan