Anak Ahmad Dhani Terlepas Hukuman

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

ANAK kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani dibebaskan daripada sebarang pertuduhan ekoran kejadian kemalangan ngeri melibatkannya pada September tahun lalu.

Portal Tribunnews melaporkan Hakim Petriyanti memerintahkan Abdul Qodir atau Dul dibebaskan dan diserahkan kepada ibu bapanya pada perbicaraan yang berlangsung pada Rabu.

Pihak pendakwa raya sebelum itu dalam hujahnya memberitahu remaja 13 tahun itu bersalah kerana melanggar undang-undang di bawah Akta 310 UU Republik Indonesia 2009 iaitu melanggar peraturan lalu lintas.

Dul, 13, sebelum ini mengalami cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor pada 8 September tahun lalu.

Anggota kumpulan Lucky Laki itu ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta, Indonesia.

Dilaporkan seramai enam orang terkorban manakala 11 lagi cedera akibat kejadian itu.

Dalam pada itu, Hakim memberitahu Dul dibebaskan atas alasan remaja itu masih di bawah umur selain berkelakuan baik.

Malah ibu bapanya mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap mangsa yang terlibat dan memberikan bantuan dari segi perubatan dan wang pampasan kepada keluarga mangsa.

Dul menerusi peguamnya juga memberitahu kesal dengan kejadian itu dan tidak akan mengulanginya lagi.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Dhani , Dul.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan