Pamela Anderson Mahu Cerai Selepas Enam Bulan Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 12:30 AM

Rumah tangga Pamela dan Rick hanya bertahan selama enam bulan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON drama bersiri Baywatch Pamela Anderson dilaporkan nekad mahu bercerai dengan suaminya, Rick Salomon biarpun rumah tangga yang dibina baharu sahaja berusia enam bulan.

Portal E! Online bagaimanapun melaporkan punca sebenar Pamela ingin bertindak sedemikian tidak diketahui kerana pasangan itu kelihatan bahagia sebelum ini.

Pasangan tersebut pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua bulan.

Pamela dan Rick berkahwin buat kali kedua pada Januari lalu.

Berita tersebut turut mengejutkan banyak pihak kerana Mei lalu, pasangan itu kelihatan cukup bahagia ketika menghadiri Festival Filem Cannes.

Sepanjang berada di Perancis juga, kedua-dua mereka sempat bercuti dan gambar yang berjaya dirakamkan paparazzi memperlihatkan pasangan itu cukup romantik.

Tags / Kata Kunci: Pamela Anderson , Rick Salomon , Baywatch.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan