Jessica Simpson Akhirnya Kahwini Eric Johnson - Bintang Global | mStar

Jessica Simpson Akhirnya Kahwini Eric Johnson

Diterbitkan: Selasa, 8 Julai 2014 12:31 AM

Eric dan Jessica berkahwin pada 4 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Jessica Simpson akhirnya mengahwini Eric Johnson pada 4 Julai lalu di San Ysidro, Monecito Calif.

Majalah People melaporkan pasangan itu kelihatan cukup gembira pada hari bahagia berkenaan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat mereka.

"Kami sangat terharu dan gembira dengan perkahwinan ini kerana ia melengkapkan kehidupan kami berdua.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak.

"Berkahwin dihadapan ahli keluarga dan teman rapat dan paling penting anak-anak kami melalui hari yang cukup menggembirakan," kata Jessica.

Jessica, 33, sebelum ini pernah berkahwin dengan Nick Lachey pada tahun 2002 sebelum bercerai selepas empat tahun berkahwin manakala Eric, 34, pernah berkahwin dengan Keri Johnson selama lima tahun.

Jessica dan Eric mempunyai dua orang anak; Maxwell, 2 tahun dan Ace 12 bulan.
Tags / Kata Kunci: Jessica Simpson , Eric Johson.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan