Victoria & David Beckham Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15 - Bintang Global | mStar

Victoria & David Beckham Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15

Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 12:30 AM

Pasangan Victoria dan David Beckham sudah 15 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN Victoria dan David Beckham sering menjadi perhatian ramai apabila mereka dianggap menjalani kehidupan sempurna.

Terbaharu, kehidupan pasangan itu dilihat lebih bahagia apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-15 pada 7 Julai lalu.

Victoria telah meluahkan perasaan bahagianya di akaun Twitter dengan memuat naik foto lama ketika mereka berkahwin pada 15 tahun lalu.

"Terima kasih atas mesej-mesej indah yang diberi. Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat kita berdua. Cinta dan sokongan darimu sangat bererti buatku," katanya.

Sepanjang 15 tahun hidup bersama, pasangan itu juga tidak pernah lari daripada gosip-gosip panas.

Malah David pernah dilaporkan menjalinkan hubungan skandal dengan ramai wanita, namun hubungan pasangan suami isteri itu masih lagi bertahan sehingga kini.

Pasangan itu turut mempunyai empat orang anak iaitu Brooklyn Joseph, 15, Romeo James, 12, Cruz David, 9 dan Harper Seven, 3.

Tags / Kata Kunci: Victoria Beckham , David Beckham

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan