Sikap Liar Chris Brown Jadi Perhatian Stesen TV

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 6:09 AM

Chris Brown terkenal dengan sikap liar dan sentiasa menimbulkan kontroversi termasuk memukul bekas kekasihnya, Rihanna.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Chris Brown menjadi perhatian beberapa stesen televisyen yang berminat untuk menerbitkan sebuah filem dokumentari berkisar kehidupan peribadinya yang penuh kontroversi.

Terbaharu, saluran kabel Black Entertainment Television (BET) mahu memfokuskan kepada sikap liar, panas baran dan kontroversi yang melanda penyanyi itu sehingga menyebabkan dia menjadi perhatian pihak media dan peminat.

Malah BET membuat satu tinjauan penonton dan rata-rata berpendapat isu yang ingin diketengahkan dalam filem dokumentari itu menarik dan akan mendapat perhatian peminat penyanyi itu.

"Pelbagai saluran televisyen yang ingin mendapatkan kontrak tersebut namun sehingga saat ini masih belum ada kata putus daripada Chris tentang perkara itu.

"Banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terlebih dahulu terutamanya kesan terhadap kerjayanya apabila filem dokumentari itu ditayangkan," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Tags / Kata Kunci: Chris Brown , BET.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan