Punca Sebenar Penceraian Orlando Bloom & Miranda Kerr

Diterbitkan: Ahad, 29 Jun 2014 12:00 AM

Sikap buruk Orlando menjadi punca kepada perceraian mereka.

(Ubah saiz teks)

SIKAP buruk Orlando Bloom yang gemar berpesta dilaporkan menjadi punca utama isteri pelakon terkenal itu, Miranda Kerr mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu.

Portal Daily Mail melaporkan, Miranda sebenarnya tidak tahan dengan sikap Orlando yang gemar berpesta dan sentiasa tidak berada dirumah bersamanya kerana lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

Miranda dikatakan bertambah geram apabila perkara itu berlanjutan hampir setiap hari sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak mereka.

Sebelum ini pelbagai spekulasi dan laporan dibuat tentang perpisahan pasangan itu namun mereka memberitahu tiada persefahaman menjadi punca utama.

Pasangan itu mengumumkan perpisahan pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn.


Tags / Kata Kunci: Orlando Bloom , Miranda Kerr.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan