Jurugambar Saman Justin Bieber

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 12:01 AM

Justin Bieber

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Justin Bieber, 20, telah dinamakan dalam tuntutan mahkamah yang baru oleh jurugambar Walter Lee, yang mendakwa dia mengalami kecederaan teruk selepas dilanggar oleh penyanyi itu  di Los Angeles pada Jun tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah yang diperolehi oleh laman web gosip TMZ.com, plaintif memohon ganti rugi untuk menampung bil-bil perubatan selain mendakwa dia tidak boleh pulih sepenuhnya daripada kecederaan termasuk luka, melecet serta beberapa komplikasi lain pada kaki kirinya.

Pegawai polis menyiasat kejadian itu pada Julai 2013 selepas seorang jurugambar mendakwa dia dilanggar kereta Ferarri milik Justin ketika dia mengambil gambar Justin di West Hollywood.

Bintang dari Kanada itu kemudiannya didakwa tetapi dibebaskan tanpa caj.

Bagaimanapun sumber penguatkuasaan undang-undang sebelum ini berkata pihak pendakwaan  mempunyai bukti  yang cukup untuk mensabitkan tertuduh  dengan sengaja meninggalkan tempat kejadian selepas seseorang telah cedera.

Berita mengenai kesalahan jenayah itu timbul selepas Justin baharu sahaja memulihkan hubungan cintanya dengan Selena Gomez pada Selasa lalu.

Tags / Kata Kunci: Justin Bieber

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan