Justin Bieber & Selena Gomez Hadiri Khutbah Di Gereja

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 12:00 AM

Justin Bieber (kiri) dan Selena.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN kontroversi Justin Bieber dan Selena Gomes dilaporkan menghadiri kelas bible di sebuah gereja di Los Angeles pada Rabu lalu.

Sumber memberitahu Us Weekly,  mereka diibaratkan seperti pasangan merpati apabila datang mendengar kuliah agama itu bersama-sama ditemani beberapa teman.

“Mereka duduk bersebelahan antara satu sama lain dan mendengar khutbah dalam suasana yang sangat memikat,” kata sumber itu.

Mereka juga dilihat benar-bhenar tenang dan gembira ketika mendengar khutbah yang dibacakan oleh paderi.

Inilah contoh kenderaan segway.

Sumber memberitahu akhbar The Sun, Justin membisikkan kepada Selena yang dia tidak boleh hidup tanpa wanita itu dan berjanji untuk mengubah sikap buruknya kepada seorang yang lebih baik.

Manakala Selena menganggap kata-kata itu benar-benar jujur dan memberi peluang sekali lagi kepada Justin untuk berubah.

Sebagai simbol percintaan mereka, Justin khabarnya telah menghadiahkan Selena kenderaan listrik segway  bagi membolehkan mereka meluangkan masa besama-sama di rumah Justin di Beverly Hills.
Tags / Kata Kunci: Justin Bieber , Selena Gomez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan