Belanja Harian Keira Knightley RM160,000 Setahun

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 12:00 AM

Keira lebih selesa hidup sederhana berbanding menghabiskan wangnya semata-mata untuk hidup mewah.

(Ubah saiz teks)

SEPERTI semua sedia maklum, kebanyakan bintang Hollywood mempunyai pembiayaan hidup yang cukup tinggi atas tuntutan kerja selain menjalani aktiviti harian yang mewah.

Bagaimanapun tidak pula buat aktres Keira Knightley, dia memberitahu kepada majalah Glamour bahawa perbelanjaan hariannya kira-kira  RM160,000 untuk setahun.

Jika dibandingkan dengan bintang Hollywood lain, ternyata nilai itu terlalu sedikit apatah lagi sebagai selebriti, Keira harus mempunyai bajet khusus untuk melakukan rawatan kecantikan, pakaian pelbagai acara, aksesori serta anggaran lain yang perlu difikirkan seperti tempat tinggal dan pembayaran kereta.

"Ya, tidak banyak wang saya gunakan untuk diri sendiri. Bagi saya, dengan mempunyai gaya hidup mewah membuatkan kita tidak boleh bergaul dengan golongan yang hidup sederhana.

"Memang banyak perkara yang saya perlu laburkan seperti gaji pengawal peribadi, pembantu rumah serta keperluan saya sebagai selebriti, tetapi saya percaya sekiranya dapat menguruskan wang dengan baik, kita mampu berjimat beberapa kali ganda wang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Keira Knightley

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan