Kerjaya Celine Dion Tidak Lagi Diuruskan Suami

Diterbitkan: Ahad, 15 Jun 2014 12:00 AM

Rene telah mula menguruskan kerjaya nyanyian Celine sejak 25 tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

SUAMI penyanyi terkenal, Celine Dion iaitu Rene Angelil terpaksa melepaskan peranannya sebagai pengurus isterinya itu selepas disahkan menghidap kanser tekak pada akhir tahun lalu.

Daily Mail melaporkan, Rene menyerahkan tugas tersebut kepada rakan baiknya, Aldo Giampaolo sekaligus bertindak sebagai Ketua Pegawai Ekskutif Feeling Productions yang ditubuhkannya untuk menguruskan kerjaya Celine. 

Rene dalam satu kenyataan memberitahu keputusannya itu muktamad dan yakin pemilihan Aldo adalah tepat kerana pengalamannya dalam bidang muzik sebelum ini.

"Ini adalah keputusan tepat dan yakin Aldo dapat membantu menguruskan Celine selepas ini selepas 25 tahun saya berbuat demikian," katanya. 

Rene ketika ini sedang menjalani rawatan kanser tersebut di sebuah hospital di Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Celine Dion , Rene Angelil.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan