Perkahwinan Ben Affleck-Jennifer Garner Goyah Kerana Judi

Diterbitkan: Sabtu, 14 Jun 2014 12:00 AM

Jennifer dan Ben berkahwin pada tahun 2005 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

(Ubah saiz teks)

BERITA keretakan rumah tangga pasangan Ben Affleck dan Jennifer Garner bukan lagi satu rahsia selepas ia menjadi berita utama di Hollywood. 

Portal The Stir melaporkan, sikap Ben yang ketagih bermain judi menjadi punca utama perkahwinan pasangan itu mengalami masalah.

Jennifer dikatakan tidak mampu bertahan dengan sikap suaminya yang masih tidak berubah selain menghabiskan terlalu banyak wang untuk berjudi.

Harapan wanita itu untuk melihat Ben berubah sikap dan menjadi seorang suami dan bapa bertanggungjawab kepada tiga anak mereka iaitu Violet Anne, 9 tahun, Seraphina Rose Elizabeth, 5 dan Samuel Garner, 2 sia-sia dan hanya tinggal harapan.

Selain keluarganya mula tidak terurus, tabiat Ben itu mula memberi kesan kepada status kewangannya.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2005 selepas aktor itu berpisah dengan penyanyi Jennifer Lopez.

Dalam pada itu, sumber terdekat pasangan itu memberitahu, bukan mudah untuk Ben meninggalkan tabiat tersebut selepas bertahun-tahun terlibat dengan judi.

Bagaimanapun sehingga saat ini, kedua-dua pasangan itu tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung gosip yang bertebaran mengenai perkahwinan mereka ketika ini.
Tags / Kata Kunci: Ben Affleck , Jennifer Garner.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan