Kim Kardashian & Kanye West Mahu Anak Lagi - Bintang Global | mStar

Kim Kardashian & Kanye West Mahu Anak Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 12:00 AM

Kim dan Kanye bahagia bersama anak sulung mereka, North.

(Ubah saiz teks)

MAJLIS pernikahan mewah Kim Kardashian dan Kanye West pada 24 Mei lalu di Florence, Itali masih lagi menjadi bualan ramai.

Menurut laporan majalah Life & Style, meskipun anak sulung mereka, North West baru berusia 11 bulan, pasangan itu dikatakan mahu menambah anak lagi.

"Dia tidak akan berhenti untuk mendapat anak sehingga memiliki anak lelaki untuk dipanggil Kanye Junior.

"Malah Kim juga sedia menambah seorang lagi anak kerana menganggap mempunyai anak yang ramai adalah menyeronokkan," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, Kim juga cukup teruja menjaga North dan sedia untuk menjaga seorang lagi bayi.
Tags / Kata Kunci: Kim Kardashian , Kanye West
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan