Filem Lakonan Artis Indonesia, Cinta Laura Laris di Rusia

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 12:00 AM

The Philosophers

(Ubah saiz teks)

BELUM pun mendapat tayangan di Indonesia, filem Hollywood iaitu The Philosophers yang menampilkan pelakon kelahiran Indonesia - Cinta Laura dilaporkan mendapat reaksi yang sangat mengalakkan di Rusia.

"Filem itu dapat meraih penonton paling besar di  negara-negara Eropah Timur," ujar pihak pengedaran filem tersebut.

Tambahnya lagi, mereka kini dalam usaha untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Filem tersebut juga terpaksa ditukar nama kepada After The Dark untuk menembusi pasaran negara itu.

Antara pelakon Hollywood yang turut membintanginya ialah Sophie Lowe, Rhys Wakefield (Sanctum), Bonnie Wright (franchise Harry Potter), James D’Arcy (Cloud Atlas), Daryl Sabara (Spy Kids), Freddie Stroma (Harry Potter) dan Katie Findlay.

Tags / Kata Kunci: Cinta Laura , Rusia , The Philosophers

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan