Kereta Miley Cirus Dikebas Pencuri

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 12:01 AM

Miley Cyrus

(Ubah saiz teks)

RUMAH  bintang Miley Cirus menjadi sasaran pencuri apabila ia dipecah masuk pada Jumaat lalu menyebabkan artis itu kehilangan sebuah kereta Maserati Quattroporte  berhargara RM329,000.

Bukan sahaja kereta malah barang kemas yang disimpan aktres itu turut dikebas pencuri.

Polis yang melakukan siasatan awal di rumah artis itu di San Fernando, California, Amerika Syarikat mempercayai rumahnya dimasuki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan.

mStar Default Image
Inilah contoh kereta Miley Cyrus yang hilang.


Mereka dikatakan menceroboh bahagian garaj kereta sebelum mendapat akses memasuki rumahnya.

Semasa kejadian Miley berada di Eropah untuk siri jelajahnya dan dijangka kembali ke Amerika Syarikat selepas Julai depan.

Penyanyi itu dikatakan  sangat kecewa dengan kejadian tersebut kerana banyak barang peribadinya dicuri.

Pada hari Ahad lalu Miley berada dalam emosi sedih di Twitter tetapi tidak diketahui sama ada beliau merujuk kepada kejadian berkenaan ataupun tidak. 
Tags / Kata Kunci: Miley Cirus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan