Mariah Carey Punca 'World Music Awards' Ditunda 4 Jam

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 12:00 AM

Mariah menjadi penyebab acara World Music Awards ditunda selama empat jam ekoran penyanyi itu tiba lewat.

(Ubah saiz teks)

AKIBAT kelewatan diva terkenal Mariah Carey untuk tiba di World Music Awards yang berlangsung di Monte Carlo, Itali pada malam Rabu lalu, ia telah menyebabkan acara itu terpaksa ditunda selama empat jam.

Portal Daily Mail melaporkan, majlis anugerah itu tergendala berikutan penyanyi yang baharu sahaja muncul dengan album baharu berjudul Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse itu sepatutnya mengadakan persembahan pembukaan pada malam tersebut.

Bagaimanapun tiada pihak yang mengetahui punca kelewatan penyanyi terkenal itu sehingga menyebabkan jadual artis lain yang turut hadir seperti Miley Cyrus dan Leona Lewis terpaksa diubah.

"Mariah sepatutnya berada di lokasi tersebut pada pukul 5.30 petang namun tiada siapa mengetahui punca sebenar penyanyi itu lewat sehingga acara itu terpaksa ditunda selama empat jam," kata sumber.

Biarpun lewat namun Mariah tetap memberikan persembahan bertenaga pada acara itu.

Bagaimanapun Mariah bukan satu-satunya punca acara itu ditunda apabila beberapa selebriti lain termasuk Sharon Stone pada saat-saat akhir menarik diri daripada acara tersebut sehingga pihak produksi terpaksa meminta bantuan Pamela Anderson untuk menggantikannya sebagai penyampai trofi.

Dalam pada itu, kemunculan Mariah tetap disambut hebat dan semua hadirin memberikan pujian selepas dia selesai mengadakan persembahan lagu terbaharunya pada malam itu.

Pada acara tersebut Mariah menerima anugerah khas iaitu World's Pop Icon Award atas kecemerlangan karier muziknya selama 25 tahun.

Malah ibu kepada dua cahaya mata itu turut menerima World's Best Selling Artist of All Time berikutan albumnya terjual sebanyak 250 juta unit di seluruh dunia. 


Tags / Kata Kunci: Mariah Carey , World Music Awards.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan