Caleb Johnson Juara 'American Idol' Ke-13

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 10:40 AM

vwqrq
(Ubah saiz teks)

PENYANYI berasal daripada Asheville, North Carolina, Caleb Johnson telah diumumkan sebagai juara American Idol musim ke-13 pada malam Rabu.

Johnson yang berusia 23 tahun itu telah menewaskan saingannya, Jena Irene, 17, pada pentas akhir tersebut melalui undian tertinggi penonton.

Johnson membuat persembahan memukau di pertandingan akhir dengan kemantapan vokal dan kemenangannya itu menepati ramalan sejak awal lagi.

Bagaimanapun, peserta yang yang berasal daripada Farmington Hills, Michigan itu turut akan menerima hadiah saguhati.

Kedua-dua peserta ini turut diadili oleh juri American Idol musim ini iaitu Keith Urban, Jennifer Lopez, dan Harry Connick Jr.-

AP
Tags / Kata Kunci: Caleb Johnson , American Idol 13

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan