Keluarga Restu Hubungan Ariel & Sophia - Bintang Global | mStar

Keluarga Restu Hubungan Ariel & Sophia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 12:01 AM

Hubungan pasangan ini dikhabarkan semakin serius.

(Ubah saiz teks)

HUBUNGAN percintaan Ariel dan Sophia Mueller dikhabarkan semakin serius.

Hubungan tersebut turut mendapat restu oleh bapa penyanyi tersebut Nazmul Irphan.

"Ya demi kebaikan mereka, kalau sudah jodoh saya restu sahaja," katanya pada rancangan Insert Siang.

Tambahnya, dia mengetahui tentang hubungan itu melalui berita yang tersebat di media.

Dia juga tidak menghalang jika pasangan itu membuat keputusan ingin bernikah dalam waktu terdekat. 

"Ariel seorang yang tidak mahu berkongsi kisahnya, jadi saya juga tahu perkara ini melalui media.

"Ya, kalau mereka mahu bernikah tiada halangan daripada keluarga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ariel Noah , Sophia Mueller
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan