Chris Martin Enggan Kahwin Selepas Cerai - Bintang Global | mStar

Chris Martin Enggan Kahwin Selepas Cerai

Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 12:04 AM

chris martin

Chris Martin (kiri) dan Gwyneth Paltrow

(Ubah saiz teks)

CHRIS Martin tidak akan berkahwin lagi selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Gwyneth Paltrow yang dikahwininya selama 11 tahun.

Sumber memberitahu Daily Star, Chris mengambil keputusan itu kerana tidak mahu berhadapan dengan perhatian yang diberikan oleh pihak media terhadap kehidupan peribadinya.

"Lihat sahaja berita buruk yang dilaporkan mengenai rumah tangganya dengan Gwyneth. Ia membuatkan Chris serik untuk berkahwin lagi kerana bimbang kejadian serupa akan berlaku pada masa hadapan," kata sumber itu.

Pasangan ini berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai dua cahaya mata. 

Tambah sumber itu lagi, vokalis kumpulan Coldplay tersebut berasa malu dan marah terhadap dirinya apabila pelbagai cerita dipaparkan kepada umum mengenai kisah rumah tangganya dengan Gwyneth.


"Chris merasakan tiada siapa berhak mencampuri atau bercakap mengenai perkara itu dan ia membuatkan dia berasa malu dan marah," ujarnya lagi.

Pasangan itu yang mempunyai dua cahaya mata mengambil keputusan untuk berpisah namun sehingga ke hari ini sebab sebenar punca keretakan rumah tangga mereka tidak didedahkan.
Tags / Kata Kunci: Chris Martin
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan