'Ex On The Beach' Taruhan Terbaharu MTV

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 12:00 AM

Ex On The Beach bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 10 malam di saluran MTV.

(Ubah saiz teks)

PROGRAM realiti terbaharu berjudul Ex On The Beach yang baharu sahaja bersiaran di saluran MTV pada 27 April lalu dijangka bakal menarik perhatian peminat setia saluran itu.

Menghimpunkan lapan lelaki bujang dan wanita yang ingin mencari cinta, program terbaharu itu bakal mengejutkan penonton apabila bekas kekasih mereka turut berada di tempat sama bagi menghangatkan keadaan.

Pelbagai agenda disusun oleh bekas pasangan masing-masing bagi melihat sejauh mana kesetiaan mereka dan tidak kurang juga ada yang ingin membalas dendam!

Sudah pun mendapat sambutan hangat di seluruh dunia menerusi Ex On The Beach turut disertai oleh bintang realiti Vicky Pattinson dan bekas tunangnya Ricci Guarnaccio.

Antara peserta lain yang turut membintangi program ini adalah Ashley Cain, Jack Lomax, Liam Lewis dan Marco Alexandre, manakala peserta wanita terdiri daripada Chloe Goodman, Emily Gillard dan Farah Sattaur.

Ex On The Beach bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 10 malam di saluran MTV/Astro 713.

Tags / Kata Kunci: MTV , Ex On The Beach.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan