Kate Middleton Dipilih Wanita Paling Bergaya

Diterbitkan: Rabu, 30 April 2014 12:21 AM

dfty4534

Kate bukan sahaja memiliki personaliti yang menarik tetapi juga mempunyai citarasa tinggi dalam fesyen.

(Ubah saiz teks)

SEBAGAI wanita Inggeris yang bergaya, Kate Middleton sememangnya mempunyai selera fesyen yang tinggi.

Menurut laporan Dailymail, berdasarkan undian yang dibuat, The Dutchess of Cambridge itu mendapat undian tertinggi mengalahkan model Kate Moss sebagai wanita yang paling bergaya.

Isteri kepada Putera William itu mendapat undian sebanyak 21 peratus manakala Moss hanya berada di tangga kelapan apabila dia hanya meraih empat peratus undian.

eye5
10 selebriti yang mendapat undian daripada portal Dailymail.

Selain itu, Holly Willoughby berada di kedudukan kedua di bawah Kate dengan meraih 13 peratus undian diikuti Cheryl Cole yang mendapat sembilan peratus.

Dailymail  turut menyifatkan Kate layak bergelar ikon fesyen kerana dia bukan sekadar hebat bergaya tetapi penampilannya penuh elegan tanpa memerlukan elemen yang mendedahkan tubuh badannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan