Kylie Minogue Tiada Masa Untuk Bercinta

Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 12:10 AM

et4w

Kylie Minogue sibukkan diri elakkan rasa sedih.

(Ubah saiz teks)

SEJAK Kylie Minogue berpisah dengan kekasihnya, model Sepanyol, Andres Valesco  tidak pernah dilihat bersama dengan mana-mana lelaki.

Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi pop kelahiran Australia itu berkata, meskipun dia seorang wanita yang romantis, namun dia terlalu sibuk untuk jatuh cinta.

“Kini saya solo dan telah melalui pelbagai jenis kesedihan dalam menjalinkan hubungan cinta. Cukuplah dengan semua air mata dan tangisan,” katanya.

Bagaimanapun Kylie berkata, bekas kekasihnya itu adalah seorang lelaki yang baik.

tyu6
Kylie dan Andres telah berpisah pada Oktober tahun lalu.

Memandangkan Kylie baharu saja berpisah dengan Andres, dia memastikan tidak tenggelam dengan kesedihan dan antara cara dia mengatasinya apabila menyibukkan dirinya dengan kerja.

“Jadi siapakah yang akan saya bertemu selepas ini? Saya tidak tahu dan tidak mahu memikirkan tentang cinta lagi, kerana terlalu sibuk dengan kerjaya,” ujarnya.

Kylie dan Andres telah berpisah pada Oktober tahun lalu selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.
Tags / Kata Kunci: Kylie Minogue , Andres Valesco

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan