Tom Cruise Kembali Dalam Top Gun 2

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 5:42 PM

Tom Cruise mahu sambungan filem Top Gun disiapkan secepat mungkin.

(Ubah saiz teks)

PENERBIT terkenal, Jerry Bruckheimer mengesahkan yang Tom Cruise akan kembali membintangi filem sekuel Top Gun yang akan diberi judul Top Gun 2.

Top Gun adalah di antara filem terawal Cruise yang ditayangkan pada tahun 1986 iaitu 28 tahun yang lalu.

Dalam filem asal, Cruise membawa watak  Pete "Maverick" Mitchell seorang juruterbang jet pejuang Amerika yang cekap dan berbakat di atas kapal pengangkut pesawat tetapi pada masa yang sama cuai dan seringkali membahayakan rakan setugasnya yang lain.

Dalam filem sekuel nanti, dia akan bersaing dengan juruterbang robotik serta membuktikan yang manusia masih berguna pada era teknologi dan komputer.

Bruckheimer berkata, watak yang akan dibawa oleh Cruise sememangnya mencabar kerana dia bukan sahaja akan mempertahankan masa depan juruterbang konvensional sepertinya tetapi ingin membuktikan yang dalam beberapa perkara tertentu dalam kehidupan, mesin tidak boleh mengantikan manusia.

"Filem ini akan memperkatakan tentang satu konsep iaitu apakah juruterbang telah menjadi kerjaya yang sudah usang dan kuno setelah wujudnya dron.

"Jadi Cruise akan membuktikan yang juruterbang sepertinya masih penting dan tidak usang dan masih diperlukan oleh dunia," jelas Bruckheimer kepada portal berita Huffington Post.

Katanya lagi, mereka cuba menyiapkan sekuel ini sejak 30  tahun yang lalu tetapi tergendala termasuk kematian pengarah asalnya Tony Scott dan kini nampaknya penantian itu berbaloi.

Kesemua mereka termasuk Cruise mahu melihat sambungan filem ini disiapkan secepat mungkin.

Filem Top Gun telah melonjakkan nama Tom Cruise sebagai hero baru filem Hollywood. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Val Kilmer.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan