Komposer Indonesia Tuduh Katy Perry Ciplak Lagu Nike Ardilla

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 8:56 AM

Lagu Dark Horse nyanyian Katy Perry yang dikatakan meniru lagu Indonesia bertajuk Tinggallah Kusendiri.

(Ubah saiz teks)

KOMPOSER Indonesia Yuke NS mendakwa lagu nyanyian Katy Perry berjudul Dark Horse mempunyai melodi yang hampir sama dengan lagu ciptaanya berjudul Tinggallah Ku sendiri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Nike Ardilla.

Portal DetikHot.com melaporkan, Yuke memberitahu, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai persamaan ketara pada bahagian intronya.

"Saya cuba teliti lagu Dark Horse mempunyai persamaan pada bahagian intro dan saya sangat pasti mereka mengambil melodi yang sama untuk lagu nyanyian Katy Perry itu," katanya.

Katy Perry diberi tempoh sebulan untuk memberi penjelasan terhadap dakwaan menciplak lagu tersebut.

Bagaimanapun, Yuke berkata dia tidak pasti sama ada Katy Perry sengaja menciplak karya itu atau ia hanya secara kebetulan.

Lagu Katy berjudul Dark Horse dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu Tinggallah Ku Sendiri nyanyian Nike Ardilla.

Pihaknya telah menghantar surat teguran dan meminta penjelasan daripada penyanyi itu dalam tempoh sebulan.

"Kami memberi tempoh satu bulan kepada pihak pengurusan Katy Perry untuk memberi penjelasan dan jika tiada apa-apa tindakan kami akan beri surat teguran kepada pihak pengurusan penyanyi itu di Indonesia," katanya.

Tambah Yuke, protes itu dilakukan berikutan lagu tersebut akan dinyanyikan semula oleh kumpulan baharu, Moza.

"Lagu ini kita akan memberi nafas baru dan akan dinyanyikan semula oleh kumpulan Moza, tapi saya bimbang orang ramai akan mempertikaikan keaslian lagu ini dan mendakwa kami meniru lagu Katy Perry. Sebab itulah kami mahu permasalahan ini selesai dahulu," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan