Judika Serba Salah Kerap Tinggalkan Isteri Yang Sedang Hamil

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 4:50 PM

stgwe

Judika dan isterinya, Duma sedang gembira menantikan kelahiran anak sulung mereka pada Oktober ini.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI seberang, Judika begitu teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulungnya walaupun kandungan isterinya, Duma Riris Silalahi baru saya berusia dua bulan.

Menurut laporan portal Kapanlagi, dia mula berasa serba salah kerana tidak dapat menjaga isterinya malah masih sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian.

"Usia kandungan sudah dua bulan dan saya masih sibuk menyanyi ketika Duma sedang hamil. Demi isteri dan anak.

"Kasihan juga melihat Duma selalu pening kepala dan tidak sihat. Saya pula tidak ada di rumah meninggalkan Duma kerana sibuk dengan kerja-kerja nyanyian," katanya.

Tambah Judika, dia turut pelik apabila isterinya mula mengidam pelbagai jenis makanan terutamanya makanan pedas namun dia sanggup mencari apa saja makanan yang diinginkan Duma.

Tags / Kata Kunci: Judika , Duma Riris Silalahi , Mengandung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan