David Archuleta Muncul Kembali Selepas 2 Tahun Berehat

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 3:08 PM

vbrg

David memuat naik videonya di Youtube menunjukkan keterujaannya kembali ke Amerika Syarikat.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS dua tahun berehat daripada dunia seni, akhirnya penyanyi daripada program American Idol, David Archuleta muncul kembali ke Hollywood.

David telah memuat naik videonya di YouTube menunjukkan keterujaannya kembali ke Amerika Syarikat.

"Hola semuanya! Ini Archuleta yang sudah dewasa dan saya kini kembali," katanya.

Pada tahun 2012, David memutuskan berehat seketika daripada dunia muzik untuk menjadi aktivis kepada masyarakat Chili bersama The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints.

Bagaimanapun David tidak memberitahu lokasi sebenar tempat tinggalnya itu untuk menjaga privasinya.


Tags / Kata Kunci: David Archuleta

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan