Konsert Rolling Stone Dibatalkan Kekasih Mick Jagger Ditemui Mati - Bintang Global | mStar

Konsert Rolling Stone Dibatalkan Kekasih Mick Jagger Ditemui Mati

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 2:49 PM

Mick Jagger

(Ubah saiz teks)

PERTH: Konsert jelajah kumpulan rock The Rolling Stones yang dijadualkan berlangsung di sini pada malam Rabu terpaksa dibatalkan selepas penyanyi utama mereka, Mick Jagger dimaklumkan tentang kematian kekasihnya, L'Wren Scott.

L'Wren, yang selama ini berkhidmat sebagai pereka fesyen untuk Rolling Stones telah ditemui mati di apartmennya di bandar New York pada Selasa.

jagger
L'Wren Scott (kiri) berkhidmat sebagai pereka fesyen untuk Rolling Stones telah ditemui mati di apartmennya di bandar New York pada Selasa.

Punca kematiannya masih belum diketahui.

Jagger dijadualkan untuk berlepas pulang ke New York dari sini.

Nasib jelajah tersebut yang dijadualkan untuk berlangsung di seluruh Australia masih tidak jelas sehingga keadaan Mick Jagger benar-benar pulih daripada peristiwa mengejutkan ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan