Justin Theroux Pindah Kerana Kekasih - Bintang Global | mStar

Justin Theroux Pindah Kerana Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 28 Februari 2014 12:17 PM

justin theroux

Justin sanggup berpindah dari New York ke Los Angeles demi kekasihnya, Jennifer Aniston.

(Ubah saiz teks)

KEKASIH kepada pelakon Jennifer Aniston iaitu Justin Theroux mengambil keputusan berpindah ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi meluangkan lebih banyak masa bersama wanita itu.

E Online melaporkan, Justin yang sebelum ini tinggal di New York tidak dapat menghabiskan banyak masa bersama Jennifer kerana sibuk sehingga mereka jarang berkomunikasi.

"Kesibukan dan perbezaan waktu di antara New York dan Los Angeles membuatkan mereka jarang berkomunikasi malah Justin tidak menghadiri majlis hari jadi pelakon itu baru-baru ini.

"Sebab itu dia mengambil keputusan berpindah secara tetap di Los Angeles bagi memastikan hubungan mereka terus kekal," kata sumber pasangan itu.

Justin kini sedang menjalani penggambaran filem The Letfovers bersama aktor Orlando Bloom.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan