Nicolas Cage Teruja Bergelar Datuk

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 11:56 AM

Nicolas gembira bergelar seorang datuk.

(Ubah saiz teks)

PELAKON terkenal Nicolas Cage teruja apabila dimaklumkan sudah bergelar datuk oleh anaknya, Weston Cage yang baharu sahaja menyambut kelahiran anak sulung bersama isteri, Danielle.

Daily Mail melaporkan Weston membuat pengumuman itu ketika hadir ke acara amal pada Sabtu lalu dan memberitahu bapanya merupakan insan paling gembira dengan kelahiran berkenaan.

"Danielle melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat dan bapa saya sangat teruja dengan berita berkenaan. Keluarga adalah segala-galanya buat kami," kata Weston.

Hubungan Nicolas dengan keluarganya sangat akrab walaupun dia sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai bintang popular Hollywood.

Weston sendiri memberitahu ingin lebih ramai cahaya mata memandangkan mereka sama-sama tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Nicolas bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Joe menerusi adaptasi daripada sebuah novel karya Larry Brown.

Tags / Kata Kunci: Nicolas Cage , Luar Negara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan