Ain Edruce terkejut ramai ucap tahniah tapi tak ada majlis istimewa - Berita Hiburan | mStar

Ain Edruce terkejut ramai ucap tahniah tapi tak ada majlis istimewa

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2018 6:15 AM

Ain akan berkongsi pada umum sekiranya ada berita gembira. Foto Instagram: @ainedruce.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan pengacara baharu Ain Edruce menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan yang mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dalam diam.

Ain, 27, menjelaskan foto dia memakai busana pengantin yang dimuat naik di laman sosial seorang jurusolek itu sekadar untuk sesi fotografi dan tiada kaitan dengan sebarang majlis pertunangan.

"Saya terkejut tiba-tiba ada ramai yang hantar mesej ucap tahniah tiba-tiba. Rupa-rupanya ada gosip keluar di sebuah akhbar mengatakan saya sudah bertunang.

"Di sini saya nak jelaskan yang saya belum ada apa-apa ikatan dengan kekasih dan tiada majlis pertunangan yang berlangsung pun.

"Memang ada jurusolek muat naik foto saya pakai baju pengantin baru-baru ini tapi itu sekadar untuk sesi fotografi sahaja," katanya kepada mStar Online.


Ain turut memuat naik status menjelaskan dia belum lagi bertunang.

Ain diminta mengulas artikel di ruangan pojok sebuah akhbar tempatan yang mendakwa dia telah merahsiakan majlis pertunangannya.

Kata pelakon drama bersiri Kekasih Paksa Rela ini, dia akan berkongsi kepada umum sekiranya ada berita gembira mengenai hubunganya dengan kekasih.

"Kalau betul saya bertunang, sudah semestinya saya akan berkongsi kepada umum. Walaupun saya adakan secara tertutup tapi saya akan kongsi foto-foto pada majlis tersebut.

"Tak mungkin saya akan sorok-sorok perkara ini. Sebab saya pun menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang akan berkongsi kenangan manis di laman sosial," ujarnya.

Dalam pada itu, Ain sentiasa mengambil semua gosip secara positif memandangkan dia menyedari kehidupannya perlu dikongsi secara umum selepas menceburi bidang seni.

Foto yang dimuat naik jurusolek ini hanya untuk sesi fotografi sahaja.

Bagaimanapun, dia tidak gemar dipanggil dirinya sebagai artis namun beranggapan apa yang dilakukan sekarang hanyalah sekadar pekerjaan.

"Sebenarnya saya tak suka orang panggil saya ini artis sebab saya anggap apa yang saya lakukan sekarang ini hanyalah satu pekerjaan.

"Tapi disebabkan saya sudah memilih untuk ceburi bidang seni, saya perlu menerima apa sahaja termasuk gosip seperti ini.

"Sebab itu saya ambil sahaja perkara itu secara positif sebab saya dah berkongsi kehidupan saya pada umum," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ain Edruce
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan