"Insiden berlaku depan mata, syukur Allah selamatkan saya" -Tya Ariffin - Berita Hiburan | mStar

"Insiden berlaku depan mata, syukur Allah selamatkan saya" -Tya Ariffin

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2018 6:30 AM

Tya terkejut kejadian berlaku depan mata.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin mengakui berada di tempat kejadian insiden langgar lari sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu.

Tya berkata, dia terkejut apabila kemalangan tragis yang berlaku di dapan matanya itu hampir melibatkan dia dan suami yang turut berada di tempat kejadian.

"Saya berada di tepi jalan sedang turun membuka pintu kereta, kejadian itu berlaku betul-betul dekat dengan kami. 

"Mujur kereta yang melanggar itu tidak terus menggila ke kanan. Syukur Allah masih nak selamatkan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Tya yang ketika itu mahu ke kedai fotostat berhampiran bagi membuat salinan pasport berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bergegas untuk memberi bantuan kepada mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa langgar lari di Cyberjaya meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pelajar suspek kes langgar lari di Cyberjaya ditahan, direman 4 hari

Tya dan suaminya Asyraf berada di tempat kejadian langgar lari.

Pada malam Rabu lalu, seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya Rabu malam.

Mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales, dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan  diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam itu,  katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi 18 Okt.

Dalam pada itu, Tya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersimpati dengan kejadian itu.

"Rasa sedih bila membaca berita mangsa meninggal dunia, salam takziah juga buat keluarga arwah. Malang tidak berbau saya semua berhati-hati terutamanya apabila kita berada di jalan raya," ujarnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan