Padah gemuruh Shafie Rio tersingkir Gegar Vaganza 5 - Berita Hiburan | mStar

Padah gemuruh Shafie Rio tersingkir Gegar Vaganza 5

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2018 12:03 AM

Shafie tersingkir minggu keempat.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perjalanan penyanyi Shafie Rio terhenti selepas  diumum sebagai peserta ketiga tersingkir pada konsert minggu keempat program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Ahad.

Shafie, 53, mendapat markah terendah daripada juri profesional selepas mengampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw duet bersama Azharina.

Datuk Khatijah Ibrahim yang mengulas persembahan Shafie pada malam ini berkata Shafie kelihatan gemuruh ketika berada di atas pentas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Layu Dihujung Mekar itu juga tidak memberikan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

“Awak nampak betul-betul gemuruh namun saya tahu sukar untuk menyanyi bersama duet yang tidak pernah bekerjasama sebelum ini.

“Awak perlu buat lebih banyak buat latihan pada masa akan datang, ini adalah pertandingan,” ujarnya.

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Mya Ruslee, Dia Fadila, Forteen, Farawahida dan Zamani,

Turut mara ke minggu kelima GV5 ialah Hetty Sarlene, Amelina dan duo Billyzulkarnain.

Persembahan peserta diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim manakala konduktor dan pengubah muzik terkenal iaitu Datuk Mokhzani Ismail tampil sebagai juri jemputan.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pulak disandang oleh Amelina.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Tags / Kata Kunci: Shafie Rio , Gegar Vaganza 5
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan