Nourul pilih Isabella jika dapat anak perempuan - Berita Hiburan | mStar

Nourul pilih Isabella jika dapat anak perempuan

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2018 6:00 AM

Nourul dan suami berharap dikurniakan anak perempuan. Foto Instagram: @nouruldepp.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nourul Wahab memberitahu anak keduanya Raphael Depp, 3, menjadi lebih manja semenjak dia disahkan hamil anak keempat.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata anak lelakinya itu sentiasa ingin berada dekat dengannya.

"Anak kedua saya iaitu Raphael tiba-tiba menjadi lebih manja pula semenjak saya disahkan mengandung.

"Dia sentiasa mahu berada dekat dengan saya. Tapi alhamdulillah, dia tidak pernah buat 'perangai nak dapat adik' seperti yang diperkatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab mulanya segan kongsi berita hamil anak keempat


Nourul bersama dua orang anak lelakinya.

"Anak lelaki sulung saya itu pula, dia nampak lebih menjaga. Dia selalu bertanya mengenai keadaan saya," katanya kepada mStar Online.

Nourul ditemui ketika majlis pelancaran produk Irisa Cosmetic di Black Box, Publika, di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Nourul pada mulanya berasa segan untuk memberitahu kepada umum bahawa dia sedang hamil dan kini kandungannya sudah memasuki tiga bulan.

Dalam pada itu, sekiranya bayi keempatnya itu perempuan, Nourul mahu menamakan bayi itu Isabella sempena judul lagu nyanyian kumpulan Search.

"Saya memang merancang untuk anak perempuan. Insya-Allah kalau Allah memberi rezeki anak perempuan, saya akan namakan dia Isabella.

Kandungan Nourul kini memasuki tiga bulan.

"Sebab nama itu ada sedikit sebutan dari Itali dan saya memang minat sangat lagu Search iaitu Isabella.

"Kalau rezeki anak lelaki, saya belum lagi tetapkan namanya. Tapi saya memang berharap untuk dikurniakan anak perempuan," katanya.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.

Tags / Kata Kunci: Nourul Wahab
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan