Video Ruhainies dilamar kekasih, peminat mahukan kepastian! - Berita Hiburan | mStar

Video Ruhainies dilamar kekasih, peminat mahukan kepastian!

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 6:20 AM

Peminat memuat naik video Ruhainies seakan dilamar apabila kekasihnya menyarungkan cincin di jarinya.

(Ubah saiz teks)

VIDEO pelakon Ruhainies kelihatan dilamar kekasihnya dikenali sebagai MR. E yang dimuat naik peminat menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai video itu.

Menurut adik kepada pelakon Risteena Munim ini, dia enggan mengulas video yang memperlihatkan seorang lelaki menyarungkan cincin di jari manisnya yang tesebar pada Jumaat lalu

"Saya minta maaf kepada semua peminat. Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan atau komen mengenai video tersebut buat masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto dalam kereta Mercedes undang kecaman, Ruhainies tak perlu lelaki kaya


Peminat memberi bayangan Ruhainies bakal berkahwin.

"Sebab video itu sebab orang lain yang kongsi di laman sosial Instagram bukannya saya sendiri," kata Ruhainies kepada mStar Online.

Ruhainies diminta mengulas video yang dimuat naik peminatnya dengan memberi bayangan pelakon itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Rata-rata peminat yang meninggalkan komen di video itu mahu kepastian pelakon kesayangan mereka sudah bersedia untuk berkahwin.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini berharap peminat-peminat mendoakan yang terbaik buatnya.

Kata Ruhainies, dia akan berkongsi berita baik pada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai.

Ruhainies akan berkongsi berita gembira apabila tiba masa yang sesuai.

"Saya harap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah saya janji, saya akan kongsi berita gembira bila dah tiba masa yang sesuai," ujarnya.

sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 13 Oktober lalu, Ruhainies dikecam gara-gara memuat naik foto berlatar belakangkan logo kereta mewah jenama Mercedes.

Netizen beranggapan Ruhainies seorang perempuan pemalas yang hanya tertarik kepada lelaki kaya.

Namun, Ruhainies tampil mempertahankan dirinya dan menegaskan dia bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya tanpa perlu mendapat kemewahan daripada seorang lelaki.

Tags / Kata Kunci: Ruhainies
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan