Pengikut cecah 300,000, PU Amin dikecam buat reviu produk - Berita Hiburan | mStar

Pengikut cecah 300,000, PU Amin dikecam buat reviu produk

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 6:30 AM

PU Amin dikecam promosi produk.

(Ubah saiz teks)

PENDAKWAH BEBAS dan Pencetus Ummah (PU) Amin menerima kecaman netizen apabila membuat promosi sebuah produk ubat kurus di laman sosial pada Sabtu.

Tindakan tersebut dianggap menyalahgunakan platform media sosial miliknya yang sebelum ini digunakan untuk menyebarkan dakwah.

Rata-rata netizen menyelar perkara berkenaan dan mendakwa PU Amin sengaja membuat kontroversi bagi meraih populariti dengan tujuan mendapatkan pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN:“Haram is haram bro!” - PU Amin tegur budaya songsang

ARTIKEL BERKAITAN: "Sudah-sudahlah..." kata Da'i Wan kepada PU Amin, Caprice

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir isu ribut di Perlis: “Saya tak sentap, tapi nak beritahu masih ramai lagi orang macam ni...”

Posting PU Amin yang dikecam netizen.

Selain itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim yang kini memiliki hampir 300,000 pengikut laman sosial itu juga dituduh menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.

"Tak kira ustaz tak kita orang biasa sama jer buat bagi nama naik sikit lepas tuh paid review," ujar netizen.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula berpendapat tiada salahnya penceramah bebas itu untuk mendapatkan pendapatan menerusi promosi berbayar itu.

"Tiada salahnya jika dia ingin buat reviu berbayar. Ini dinamakan ujian seorang pendakwah, mereka dikelilingi orang yang sentiasa cari kesalahan.

Tags / Kata Kunci: PU Amin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan