Soul Sisters gabungan artis ternama projek terbesar Edd Razhe Entertainment - Berita Hiburan | mStar

Soul Sisters gabungan artis ternama projek terbesar Edd Razhe Entertainment

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 3:00 AM

Edd mahu merahsiakan identiti tiga artis wanita sehingga pada hari sidang media yang akan diadakan pada November depan.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH konsert yang bakal menggabungkan tiga bintang popular iaitu Soul Sisters bakal diadakan di pentas berprestij Istana Budaya pada April tahun hadapan.

Pengarah Urusan Edd Razhe Entertainment, Edd Razhe, berkata dia mahu menampilkan sisi berbeza tiga artis wanita yang akan membuat persembahan pada konsert tersebut.

"Konsert Soul Sisters ini berlatarbelakangkan sepenuh muzik 'soul R&B' ini tidak pernah lagi dilakukan di pentas Istana Budaya.

"Sebab itu, saya mahu cuba membawa sesuatu kelainan untuk peminat muzik genre R&B. Pemilihan tiga artis wanita ini juga boleh dikatakan cukup terkenal dalam menjiwai muzik R&B.

Edd mahu tampilkan kelainan pada konsert Soul Sisters.

"Malah, menerusi konsert ini, peminat akan melihat sisi yang berbeza ketiga-tiga artis ini yang belum pernah dilihat," katanya kepada mStar Online.

Nama Edd bukan lagi asing dalam industri hiburan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sebelum ini, dia bertanggungjawab mencungkil bakat, mengilap dan menguruskan kerjaya bintang terkenal iaitu Feminim, Maya Karin, D Boyz, Tam Suhaimi dan Yasin Sulaiman.

Dia juga pernah bertugas dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan kini merupakan pagawai kanan di syarikat penerbangan AirAsia.

Nama Edd bukan lagi asing dalam industri muzik.

Dalam pada itu, Edd enggan mendedahkan lagi nama barisan penyanyi berkenaan kerana sidang media khas pengumumannya akan diadakan pada 7 November depan.

"Buat masa sekarang, tiga orang artis wanita itu saya perlu rahsiakan terlebih dahulu. Bagi ada rasa elemen kejutan untuk peminat muzik," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Edd Razhe , Konsert Soul Sisters
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan