"Dia halang jalan dan tunjuk jari tengah"- Azira Shafinaz dedah jadi mangsa buli jalan raya - Berita Hiburan | mStar

"Dia halang jalan dan tunjuk jari tengah"- Azira Shafinaz dedah jadi mangsa buli jalan raya

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2018 1:00 PM

Azira dedah kereta individu tidak bertanggungjawab.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan pengacara Azira Shafinaz berkongsi detik cemas apabila dia menjadi mangsa buli seorang pemandu tidak bertanggungjawab pada Sabtu.

Azira berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia menyedari terdapat sebuah kereta mengekori rapat di belakang keretanya dengan tujuan mengelak daripada membayar tol.

"Saya benci kereta ini, seorang lelaki Melayu sangat marah apabila saya secara tidak sengaja membrek kereta selepas menyedari dia cuba mengelak daripada membayar tol dengan mengekori rapat kereta saya di laluan smart tag di lebuh raya Akleh.

"Dia kemudian memandu berhampiran saya dan mula mengayunkan keretanya ke kiri dan ke kanan untuk cuba menakut-nakutkan saya," ujarnya.

Azira Shafinaz

Azira turut berkongsi foto sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih yang sempat dirakam menerusi telefon bimbitnya.

Tambah ahli kumpulan DeFam ini, pemandu tersebut juga menunjukkan isyarat lucah kepadanya.

"Dia menyekat jalan dan menunjukkan jari tengahnya ke arah saya. Hati-hati kepada semua pemandu wanita,"ujarnya.

Sementara itu, terdapat netizen mengakui turut berhadapan kejadian buli dengan kereta yang sama.

Tags / Kata Kunci: Azira Shafinaz
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan