Diana Danielle takut... Farid Kamil jenis cakap ‘teruih’ - Berita Hiburan | mStar

Diana Danielle takut... Farid Kamil jenis cakap ‘teruih’

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2018 6:20 AM

Diana mengakui berasa takut jika filem lakonannya ditonton suami. Foto Instagram @dianadanielleb

(Ubah saiz teks)

PELAKON Datin Diana Danielle mengakui berasa gementar jika suaminya iaitu Datuk Farid Kamil menonton filem lakonannya.

Menurut Diana, 26, memandangkan suaminya itu lebih senior dalam bidang ini membuatkan dia gementar menanti reaksi aktor tersebut.

"Sejujurnya saya tak boleh kalau Farid tengok filem lakonan saya dan jadi sangat takut sebab dia lebih senior dalam bidang lakonan.

"Contohnya macam filem Hanyut dulu dia puji, tapi kalau dia tak suka dia akan cakap dengan jujur. Sebelum ini pun dia pernah kritik lakonan saya.

"Dalam masa sama, dia turut memberikan tunjuk ajar supaya menjadi pelakon yang lebih baik. Biasalah orang utara ini kalau bercakap 'teruih' (berterus-terang)," katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui semasa tayangan perdana filem Gol & Gincu 2 yang diadakan di TGV, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Farid dan Diana.

Selain Diana, Gol & Gincu 2 turut dibintangi Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Filem arahan Umi Salwana Omar ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.

Bercakap mengenai watak Zak yang dilakonkan dalam filem tersebut, Diana memberitahu persiapan sebelum menjayakan karakter itu lebih sukar daripada melakonkan watak tersebut.

"Nak jadi karakter Zak itu lebih susah sebab saya perlu kurangkan berat badan dan kena main futsal yang sebenarnya saya tak tahu langsung.

"Tapi apa yang lebih sukar ialah perlu menggunting pendek rambut semata-mata untuk watak ini," katanya.

Sebahagian babak dalam filem Gol & Gincu 2.

Sementara itu, Diana meminta masyarakat menonton terlebih dahulu filem ini sebelum membuat pembandingan dengan siri Gol & Gincu yang ditayangkan pada tahun 2005.

"Saya cabar awak untuk tonton dahulu filem ini sebelum buat perbandingan.

"Ia tak sama dan jalan cerita pun berbeza kerana Gol & Gincu 2 disesuaikan dengan generasi sekarang.

"Kami sudah bersedia dengan kritikan penonton. Besar harapan kami ramai yang akan menyukai filem ini," ujarnya.

Sebelum ini, Gol & Gincu (2005) diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan produksi sama iaitu Red Communications.

Ia dibintangi Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre.

Tags / Kata Kunci: Diana Danielle , Farid Kamil , Gol & Gincu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan