Amelina tertekan carian nama di ‘Google’, anak pula jadi mangsa umpatan - Berita Hiburan | mStar

Amelina tertekan carian nama di ‘Google’, anak pula jadi mangsa umpatan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2018 6:30 AM

Aemlina mengakui ada membuat carian namanya di internet. Foto Instagram: @amelinaamirsharipuddin.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dangdut Amelina mendedahkan dia akan lebih tertekan setiap kali membuat carian namanya di Internet.

Amelina, 44, berkata anak-anaknya juga ada melakukan perkara yang sama namun lebih teruk apabila rakan sekolah mereka menjadikan kisah silam dirinya sebagai bahan untuk mengumpat.

"Kalau (cari nama di) Google nama Kak Long (Amenlina), yang keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback dan cerita silam Kak Long 'hilang' meninggalkan dunia seni.

"Selebihnya banyak mengenai cinta dengan seorang lagi 'Raja Dangdut' (penyanyi Iwan) ketika itu. Kadang-kadang tertekan pula bila Google nama sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina mengaku tertekan, hampir pengsan


Amelina tertekan selepas membuat carian namanya di Internet.

"Tak pun kalau anak-anak sibuk Google dan lepas tu tertanya kat Kak Long. Lebih parah kalau kawan sekolah mereka yang Google dan kemudian 'membawang' pasal Kak Long.

"Aduhhh tertekan!" tulis Amelina menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, pemilik nama Nurazlina Amir Sharifuddin ini menghilangkan diri daripada industri seni selama 15 tahun dan kembali muncul pada awal tahun ini.

Manakala kisah cinta antara peserta program Gegar Vaganza 5 (GV5) ini dengan raja dangdut iaitu Iwan pernah menjadi bualan hangat pada tahun 90-an.

Dalam pada itu, Amelina berasa bertuah kerana mempunyai anak-anak yang memahami dan sentiasa bijak dalam berfikir.

Amelina mengalami masalah kesihatan pada konsert ketiga GV5 disebabkan menghadapi tekanan.

Penyanyi lagu Asyik ini turut bertanya kepada pengikut di laman sosial adakah mereka juga berhadapan dengan tekanan selepas membuat carian nama sendiri di Internet.

"Tapi nasib baik anak-anak semua faham dan sentiasa bijak berfikir secara logik. Jadi, kak long tak ada la pening sangat nak melayan sebarang soalan.

"Korang ada ke google nama sendiri dan tertekan selepas itu?" katanya.

Menerusi laporan mStar Online pada Isnin lalu, Amelina mengakui dia berhadapan dengan tekanan ketika konsert ketiga GV5 baru-baru ini disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Tags / Kata Kunci: Amelina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan