Ummi Nazeera bagi ‘kaki’ tak mahu anak terlalu manja - Berita Hiburan | mStar

Ummi Nazeera bagi ‘kaki’ tak mahu anak terlalu manja

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2018 6:15 AM

Ummi dan suami sudah merancang cara membesarkan anak supaya mampu berdikari apabila membesar kelak.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ummi Nazeera berkata dia dan suami, Mohd Izzar sudah merancang untuk mendidik anak tanpa kemewahan kerana tidak mahu dia menjadi terlampau manja.

Menurut Ummi, 28, mereka mahu Ayra Aneesah yang kini berusia dua bulan, mampu hidup berdikari dan tidak bergantung harap kepada orang lain apabila membesar kelak.

"Saya nak anak berdikari dan dia kena belajar dalam hidup ini kena bekerja untuk dapatkan sesuatu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiga kali pendarahan, Mummy fikir dah kehilangan mu" - Ummi Nazeera

"Saya dan suami sudah berbincang tak nak terlampau manjakan dia, kami mahu bagi dia 'kaki' untuk berdiri sendiri dan ia berguna apabila kami tiada nanti.

"Itu cara kami nak tunjuk sayang, sebab saya dulu pun sudah berkerja ketika usia 15 tahun. Namun, ini semua hanya plan kami dalam mendidik anak," katanya kepada mStar Online.


Ummi mahu anak dijaga oleh keluarga sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah.

Ummi ditemui semasa tayangan perdana filem Gol & Gincu 2 yang berlangsung di TGV, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Gol & Gincu 2 turut dibintangi Datin Diana Danielle, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Filem arahan Umi Salwana Omar ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.

Sementara itu, Ummi memberitahu ketika penggambaran filem tersebut, dia disahkan hamil dua bulan.

Bagaimanapun dia tidak mengalami sebarang kesulitan dan penggambaran berjalan dengan lancar.

Barisan pelakon filem Gol & Gincu 2.

"Penggambaran pada bulan Januari lalu, Alhamdulillah semasa shooting saya tak ada sebarang alahan yang menganggu proses pembikinan filem.

"Cumanya saya banyak tidur, ada masa senggang saja tertidur, alahan tak ada, mungkin sebab masa itu saya banyak berjalan dan buat aktiviti.

"Selepas habis shooting baru berlaku pendarahan dan ada simptom alahan ibu mengandung," katanya.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk menambah cahaya mata kedua, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, berkata dia memerlukan sedikit masa.

"Tunggu... hold dulu, perlukan sedikit masa. Dah okay nanti baru tambah lagi," katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Patahnya Sebelah Sayap ini mendirikan rumah tangga dengan Izzar, 31, di ibu negara, pada 23 Julai tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 22 Ogos lalu.

Tags / Kata Kunci: Ummi Nazeera
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan