“Kau setuju ke kalau aku lempang, tendang, terajang kau betul-betul?” - Shukri Yahaya - Berita Hiburan | mStar

“Kau setuju ke kalau aku lempang, tendang, terajang kau betul-betul?” - Shukri Yahaya

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2018 11:49 AM

Shukri tidak mendedahkan nama pelakon baharu yang melakonkan aksi pukul secara betul-betul. Foto: M. AZHAR ARIF.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Shukri Yahaya meluahkan rasa berang terhadap pelakon baharu yang tidak tahu menggunakan teknik lakonan dalam babak pukul dengan cara yang betul.

Shukri, 30, berkata dia mempertikaikan tindakan individu tersebut yang melakukan babak itu sehingga menyebabkan pasangan lakonannya mengalami kecederaan yang teruk.

Menurut Shukri, dia berharap produser dan pengarah lebih memilih pelakon baharu atau tambahan yang boleh berlakon tanpa menyusahkan mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tegur Shukri Yahaya jangan buat maksiat, anak pula minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak awal lagi pakcik tu tengok kami pegang tangan” - Fadzil Zahari


Shukri luah rasa berang terhadap seorang pelakon baharu.

"Harap selepas ini produser atau pengarah carilah pelakon baru atau tambahan yang boleh berlakon. Jangan menyusahkan semua. Aku tahu kamu yang baru mahu menunjukkan yang kamu boleh berlakon.

"Takkan babak marah, babak pukul, kau nak pukul betul-betul? Mampuslah orang yang kena tu. Kalau kau dekat tempat orang tu pun lunyai kau kena.

"Aku babak pukul gaduh jerit marah semua aku dah buat tapi tak ada la sampai mampus orang tu. Kata belajar berlakon dengan orang hebat-hebat?" katanya.

Shukri mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya tanpa menyebut nama mana-mana pelakon atau drama yang terlibat dalam insiden tersebut.

Tambah pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu, pelakon tersebut sudah menjiwai watak dengan emosi yang hebat namun perlu lagi banyak belajar mengenai teknik lakonan dengan betul.

Shukri menegaskan guru lakonan perlu lebih peka mengajar teknik kamera dengan betul.

Malah, Shukri turut menasihati guru lakonan untuk lebih peka dalam mengajar pelakon-pelakon baharu tentang teknik lakonan di hadapan kamera.

"Ya betul ambil emosi hebat mereka, belajar tekniknya! Harap cikgu yang mengajar bukan setakat mengajar 'masukkan roh' itu, ajar sekali teknik kameranya sekali.

"Belajar cari kamera, teknik lempang, teknik pukul, semua ada teknik sayang. Kau setuju ke kalau aku lempang tendang terajang kau betul-betul? Rakamkan banyak dalam satu babak?

"Satu babak kalau ada 10 rakaman, 10 kali kau nak lempang terajang orang tu? Atau kau kena? Pelakon yang bagus adalah pelakon yang bijak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Shukri Yahaya
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan