“Tinggi betul imaginasi mereka!” – Zizi Kirana disamakan bintang porno - Berita Hiburan | mStar

“Tinggi betul imaginasi mereka!” – Zizi Kirana disamakan bintang porno

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2018 12:43 PM

Zizi tertawa apabila disamakan dengan seorang bintang porno antarabangsa. Foto Instagram @zizi_kirana

(Ubah saiz teks)

GARA-GARA mengenakan pakaian yang dianggap terlalu seksi, penyanyi Zizi Kirana disamakan dengan bintang porno popular antarabangsa.

Bagaimanapun Zizi, 32, berkata dia tidak mengenali siapa pelakon lucah yang dimaksudkan itu dan hanya ketawa apabila mengetahui mengenai wanita tersebut.

"Ada orang samakan saya dengan seorang bintang porno popular dan saya tak kenal dia, jadi saya pun buat carian nama di Google dan jumpalah tentang wanita bernama Mia Khalifa itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedikit Je Seksi... Bukannya Tayang Payudara Kata Zizi Kirana

ARTIKEL BERKAITAN: Tercampak Telefon Gara-Gara Foto Lucah - Zizi Kirana

"Saya hanya mampu gelak sahaja. Tak sangka begitu tinggi imaginasi mereka ini sedangkan saya bukanlah seperti wanita itu.

"Orang nak kata apa pun katalah, saya lebih tahu diri saya dan kalau ada yang gelar saya ikon seks sekalipun, terpulang!" katanya kepada mStar Online.

Pakaian Zizi kerap menjadi topik perbualan pengikut di laman Instagram.

Sementara itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini berkata dia tidak kisah dengan kritikan netizen di laman sosial dan memilih mengabaikan komen negatif itu.

"Saya biarkan sahaja komen-komen mereka itu dan tak mahu block atau padam, sebab kalau kita sekat seorang, nanti akan ada komen yang lain lagi.

"Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan, jadi abaikan saja kata-kata negatif itu," ujarnya.

Zizi lebih selesa abaikan komen negatif netizen.

Bercakap mengenai single terbaharu, Zizi memaklumkan dia baru sahaja melancarkan lagu berjudul Siapa Yang Bap Bap.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan DJ Fuzz bersama Musikwa serta lirik oleh Waris dan Aziquebeats.

"Alhamdulillah, sambutan peminat terhadap lagu ini sangat baik, ia menerima maklum balas positif di laman Youtube sejak dilancarkan pada 6 Oktober lalu.

"Lagu ini agak berbeza dengan lagu-lagu nyanyian saya sebelum ini kerana bunyinya lebih rancak dan lirik lebih mendalam.

"Ia berkaitan kehidupan sekeliling kita, bagaimana kita berdepan dengan orang yang bermuka-muka dan haters," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zizi Kirana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan