Industri lakonan akan hancur jika bayaran masih murah - Baggio - Berita Hiburan | mStar

Industri lakonan akan hancur jika bayaran masih murah - Baggio

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2018 6:15 AM

Baggio pernah menerima nasib yang sama seperti Jalil Hamid. Foto: LOW BOON TAT.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Baggio meluahkan rasa kecewa dengan keadaan industri lakonan kini yang gagal mengiktiraf pelakon veteran berpengalaman dengan menawarkan mereka bayaran rendah.

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia Daharun, 47, berkata dia juga pernah menerima nasib yang sama seperti pelakon Jalil Hamid yang ditawarkan bayaran tidak setimpal.

"Saya agak kecewa juga dengan industri lakonan sekarang. Apa yang Jalil Hamid lalui, saya juga pernah terima nasib yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anugerah buat batu nisan pun tak laku” - Noorkhiriah faham perasaan Jalil Hamid

ARTIKEL BERKAITAN: Terhina ditawar RM1,500 pegang watak utama, ada pula kata Jalil Hamid tak bersyukur


Baggio pernah menerima tawaran berlakon dengan bayaran yang rendah.

"Ada sebuah produksi menghubungi saya untuk menawarkan berlakon dalam sebuah drama tapi dengan bayaran yang tidak sesuai.

"Bukan saya tak nak terlibat dalam mana-mana produksi sekarang ini tapi nilai bayaran itu tidak setimpal," katanya kepada mStar Online.

Bagio ditemui ketika sidang media KL Rhythm Nitez: Konsert Suara Anak Malaysia di Biro Pelancongan, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, keluhan Jalil Hamid mengenai bayaran RM1,500 untuk watak utama yang ditawarkan kepadanya mendapat perhatian selebriti tempatan.

Baggio.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Damasutra ini menegaskan industri seni akan hancur sekiranya mana-mana produksi masih mengekalkan sistem bayaran sebegitu.

"Sekarang ini sudah tahun 2018 tapi masih ada produksi yang menggunakan sistem bayaran rendah untuk pelakon yang berpengalaman seperti Jalil Hamid.

"Sedangkan sepatutnya nilai pelakon lama lebih tinggi tambahan pula jika dia seorang pelakon yang hebat.

"Kalau masih mengekalkan sistem macam ini, industri filem dan drama tanah air akan hancur," ujarnya.

Selain Baggio, pelakon Noorkhiriah turut mendedahkan pernah ditawarkan untuk berlakon dengan bayaran yang rendah.

Tags / Kata Kunci: Baggio , Jalil Hamid , Noorkhiriah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan