Zizan perkenal pemilik suara dalam 'Kau Takkan Tahu', netizen tegur iras Ayda Jebat - Berita Hiburan | mStar

Zizan perkenal pemilik suara dalam 'Kau Takkan Tahu', netizen tegur iras Ayda Jebat

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2018 6:15 AM

Melda Ahmad dan Zizan Razak. Foto IG Zizan Razak.

(Ubah saiz teks)

PELAWAK Zizan Razak mendedahkan wanita yang menyanyi bersamanya dalam lagu terbaharu berjudul Kau Tak Kan Tahu ialahMelda Ahmad.

Zizan yang berkongsi perkara berkenaan di laman sosialnya bagi menjawab pertanyaan netizen terhadap suara merdu wanita berkenaan.

"Assalamualaikum semua. Kepada yang tertanya-tanya siapakah penyanyi Kau Takkan Tahu. Jadi hari ini Zizan kenalkan inilah orang yang bersuara merdu itu @meldahmad sopan santun budi pekerti lagi. 

"Doakan supaya beliau dimurahkan rezeki lagi. Amin," tulisnya.

Lagu dan muzik video Kau Takkan Tahu dilancarkan pada Jumaat lalu kini mendapat lebih 300,000 tontonan dan trending di Youtube Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Melda Teruja Beraksi Dengan Artis Hebat

Melda pernah popular dengan lagu Kimia dan Gadis Sunsilk.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji suara tersebut dan berpendapat wajah penyanyi berkenaan seiras dengan penyanyi popular Ayda Jebat.

"Terkejut sekali pandang macam Ayda Jebat," ujar netizen.

Manakala, ada juga segelintir mengenali Melda Ahmad sebagai seorang artis yang pernah mencipta nama sekitar tahun 2010.

Wanita tersebut pernah mempunyai lagu berjudul Kimia, Putus, Aku Adalah Aku dan membintangi drama bersiri Gadis Semasa Sunsilk.

Tags / Kata Kunci: Zizan Razak , Melda Ahmad
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan