Issey dedah tiga sebab disangka anak Sabri Yunus - Berita Hiburan | mStar

Issey dedah tiga sebab disangka anak Sabri Yunus

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2018 6:20 AM

Issey disangka anak kepada aktor Sabri Yunus.

(Ubah saiz teks)

PENYAMPAI radio Suria Fm Issey Fazlisham mendedahkan tiga persamaan yang menyebabkan orang ramai keliru dan menyangka dia merupakan anak kepada pelakon dan pelawak Sabri Yunus.

Issey, 31, berkata, tiga perkara yang menyebabkan kedua-dua mereka disangka mempunyai pertalian darah iaitu berasal dari Kelantan, terlibat dalam komedi dan aktif persembahan dikir barat.

"Perkara ini sudah lama iaitu sebelum saya menyertai Bintang Mencari Bintang (BMB) pada tahun 2013 lagi. Sebelum BMB saya ada berlakon dalam telefilem Piala Seekor Kambing membawa watak jadi anak Sabri.

"Tiga sebab orang masih menyangka saya anak kepada Sabri ialah kami berasal dari Kelantan, kami juga terlibat dalam bidang komedi dan aktif dikir barat," ujarnya kepada mStar Online.

Issey menjelaskan kekeliruan itu di laman sosialnya.

Issey sebelum ini menjelaskan di laman sosial miliknya bahawa dia bukan anak kandung mahu pun saudara kepada pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, kata Issey Sabri merupakan antara orang kuat yang membawa dirinya masuk ke dalam industri hiburan tanah air.

Tambah Issey, dia menjelaskan kekeliruan berkenaan berikutan ramai yang bertanya tentang perkembangan aktor tersebut kepadanya.

"Saya okey sahaja, kadang-kadang bila orang tanya fasal itu saya layankan sahaja. Sabri pun sama, kadang-kadang kami juga melawak tentang hal ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Issey turut mendedahkan anak sebenar pelakon berkenaan iaitu Muhammad Saidi yang juga kini mula menceburi dunia lakonan.

Tags / Kata Kunci: Issey Fazlisham , Sabri Yunus
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan